Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Orang ramai diminta agar tidak terlalu risau dengan fenomena El-Nino, iaitu cuaca panas kering, yang dijangka turut melanda negara ini dalam tempoh agak panjang bermula bulan ini hingga akhir tahun.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Datuk Profesor Dr Ibrahim Komoo berkata El-Nino, yang terjadi antara tiga atau empat tahun sekali, adalah fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi.

Beliau berkata ia bermula di Lautan Pasifik bahagian selatan dari Australia hingga ke pantai di Chile, berkait dengan pemanasan atau kitaran peningkatan penyejukan iklim.

“Oleh kerana laut sangat luas, sedikit perubahan boleh mempengaruhi atmosfera, dan atmosfera akan mempengaruhi bumi dan kesannya, hujan yang berlebihan atau kawasan kemarau yang berpanjangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Geosains Kebangsaan 2014 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Mineral Geosains Malaysia Datuk Yunus Abdul Razak dan Pengerusi Persidangan Geosains Kebangsaan Dr Peter R. Parham.

Ibrahim berkata masyarakat tidak perlu terlalu bimbang kerana apa yang penting ialah kesediaan dan kefahaman masyarakat terhadap perubahan cuaca yang berlaku.

Beliau berkata orang ramai perlu tahu kadar iklim bukan satu perkara yang boleh diramal dengan baik kerana ada ketika sebarang perubahan kecil boleh mempengaruhi manusia, tanaman dan sebagainya.

“Ia bukan semata-mata berlaku kemarau tetapi sebaliknya berlaku hujan yang berlebihan.

Sebagai contoh El-Nino yang berlaku pada 1998 dulu, ia menyebabkan hujan yang lebat di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berharap ahli geologi dapat membincangkan dan memberi pandangan berkaitan isu lebih besar pada persidangan kali ini, yang bertema ‘Perubahan Iklim dan Paras Laut Melalui Geologi’.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment