Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

TOKYO – Penyokong dan peminat bola sepak Jepun menunduk malu hari ini selepas pengadil negara itu, Yuichi Nishimura mencetuskan keputusan kontroversi pada perlawanan pembuka tirai Piala Dunia bagi ‘membantu’ kemenangan Brazil 3-1 ke atas Croatia, awal pagi tadi.

Laman media sosial di Jepun menjadi tumpuan selepas pegawai perlawanan itu memberikan tendangan penalti kepada Brazil ketika perlawanan saling bersaing antara kedua-dua pasukan.

Beberapa gambar dimuat naik memaparkan Nishimura memakai jersi Brazil.

“Banyak tindakan Nishimura kurang tepat,” demikian posting @shinokc.

“Ia bukan penalti. Saya berasa sedih dengan Croatia.”

Menambahkan lagi sentimen kemarahan berkenaan apabila jurulatih Croatia, Niko Kovac mendakwa tindakan Nishimura jauh tersasar.

@sanadamasayuki2 memberi komen: “Ia satu tugas yang berat untuk kami berdepan keputusan teragak-agak ini (pengadil Jepun).”

Kritikan itu semakin pedas menerusi posting @tonbuhin: “Oh, jika Brazil menang Piala Dunia, segenap pelusuk dunia akan berkata Nishimura adalah MVP (most valuable player – pemain paling bernilai).”

Nishimura yang berusia 42 tahun juga tidak membenarkan gol jaringan Croatia dan keputusannya tidak memberikan Neymar terus kad merah dengan menyiku Luka Modric, juga boleh dipersoalkan.

Beliau sudah menjadi pengadil antarabangsa sejak 2004 dan sudah menjadi mengendalikan beberapa kejohanan besar, termasuk Puala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment