Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

PAMERAN Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (KLIHF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula hari ini hingga 15 Jun diadakan buat julung kali dalam usaha menjadikan Malaysia hab fesyen muslimah di persada antarabangsa.

Pengarah Urusan KLIHF, Mona Din berkata, melalui pameran itu, jenama dan bakat usahawan fesyen muslimah tempatan dapat diperkenalkan selain menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan usahawan tempatan dan antarabangsa.

“Inspirasi yang kami dapat untuk menganjurkan KLIHF ini timbul apabila saya melihat di Malaysia tidak ada pameran fesyen pakaian pada skala besar seperti yang terdapat di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran KLIHF oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun di Kuala Lumpur, hari ini.

Mona berkata penganjuran KLIHF ini juga untuk menyemarakkan industri fesyen muslimah di Malaysia serta menggalakkan mereka supaya menutup aurat dan memakai hijab selari dengan tuntutan syariah.

“Sasaran pengunjung KLIHF kali ini adalah 6,000 orang dan pihak kami telah merancang untuk menjadikan pameran ini sebagai acara tahunan di PWTC,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran KLIHF ialah Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Noraini Ahmad.

Terdapat 250 gerai pameran fesyen muslimah menyertai KLIHF termasuk 50 daripada kalangan usahawan antarabangsa dengan sebahagian besar mereka dari Indonesia.

Pameran yang menyaksikan BSN sebagai penaja utama ini turut diserikan dengan pengisian program kerohanian dan keagamaan oleh penceramah terkenal seperti Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid selain forum perniagaan serta pertunjukan fesyen muslimah.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment