Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk menjejak kaki ke separuh akhir Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo.

Pada perlawanan suku akhir hari ini, Chong Wei, selaku pilihan utama dan juara bertahan, terpaksa berentap selama 62 minit sebelum menjinakkan pemain Indonesia Tommy Sugiarto dengan 21-15, 12-21 dan 21-17.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan Chong Wei di atas landasan untuk memburu kejuaraan kelima kejohanan bernilai US$250,000 (RM805,350) itu.

Chong Wei muncul juara kejohanan itu pada 2007, 2010, 2012 dan 2013.

Pemain berusia 31 tahun itu akan menentang pemain tuan rumah Kenichi Tago pada separuh akhir esok. Perlawanan tersebut merupakan ulangan final tahun lepas apabila Chong Wei merangkul kejuaraan dengan mengatasi Kenichi 23-21 dan 21-17.

Kenichi pula melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus 21-16, 16-21 dan 21-13 dalam pertarungan selama 68 minit.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, pemain Denmark Jan O Jorgensen, selaku pemain pilihan ketiga, akan menentang pemain China Yun Hu.

Jorgensen mara ke separuh akhir selepas menundukkan juara Olimpik Lin Dan dari China dengan 21-19, 13-21 dan 21-16 manakala Yun Hu mengalahkan pilihan kedua dan juga rakan senegara Chen Long 18-21, 21-19 dan 21-15.

Sementara itu, wakil beregu tunggal negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong gagal melepasi peringkat suku akhir apabila kalah kepada pilihan utama Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 21-16 dan 21-19. 

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment