Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 6, 2014

No Comment

Adakah boyband terkenal, One Direction akan diharamkan kemunculan mereka di Filipina?

Ini kerana pertubuhan gereja di sana telah mendesak kerajaan Filipina untuk menghalang kemasukan One Direction selepas kontroversi dua ahli kumpulan mereka iaitu Zayn Malik dan Louis Tomlinson menghisap ganja tersebar di Internet, baru-baru ini.

Menurut pertubuhan gereja tersebut, perbuatan mereka adalah sangat tidak bermoral dan dibimbangi boleh mempengaruhi peminat mereka yang kebanyakannya masih di bawah umur.

Selain itu, mereka turut menggesa ibu bapa di sana menghalang anak mereka daripada meminati boyband ini untuk mengelakkan sebarang anasir yang tidak baik.

Hmm, hanya disebabkan perbuatan ‘bodoh’ dua ahlinya, tiga anggota lain iaitu Harry Styles, Liam Payne dan Niall Horan turut menerima tempiasnya.

Tapi, rasanya One Direction tak rugi kalau hilang peminat di Filipina, kerana nama mereka pun dah cukup gah di serata dunia buat masa ini. Tak gitu?

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment