Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

Pokok Ketum

Alor Setar: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyokong tindakan kerajaan negeri Kedah untuk merampas tanah pertanian dan persendirian di negeri itu yang didapati terbabit dengan penanaman pokok ketum secara besar-besaran.

Yang Dipertua PEMADAM Malaysia Datuk Mohd Johari Baharum berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan itu bagi memastikan semua ladang pokok ketum di sekitar kawasan utara tanah air terutama Kedah dimusnahkan bagi mengelak penggunaan air ketum dalam kalangan anak muda khususnya dibanteras. 

“Bukan kita saja yang menyokong tindakan ini sekiranya ia dikuatkuasakan, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian ketika Mesyuarat Agung Kebangsaan PEMADAM di Johor Bahru semalam (kelmarin) turut menyuarakan pendapat sama untuk membanteras semua aktiviti berkaitan penanaman pokok ketum. 

“Kita berharap pihak kerajaan dapat menggubal satu akta berkaitan pengharaman penggunaan air ketum di kalangan rakyat di negara dan mewartakan ketum sebagai bahan terlarang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 ini bagi mengelak semakin berleluasa.

“Kalau boleh kita juga mahu menyarankan pihak kerajaan supaya membentangkan rang undang-undang ini secepat mungkin kerana kita tahu keburukan jika masalah itu tidak dibendung daripada sekarang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.


Katanya, PEMADAM sentiasa komited dalam membantu kerajaan berusaha membanteras gejala penyalahgunaan daun ketum dengan turun padang bagi memberi taklimat dan kursus kepada rakyat mengenai bahaya ketum. 

“Seperti yang diketahui umum penggunaan ketum dalam kalangan penduduk di kawasan utara tanah air bukan lagi menjadi satu perkara pelik, malah ia dipercayai digunakan secara berleluasa. 

“Kita bimbang masalah ini akan berterusan sehingga ke generasi akan datang. Banyak masalah akan timbul pada masa akan depan jika perkara ini tidak ditangani segera.” katanya.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment