Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

BANGKOK - THAILAND. Junta tentera Thailand menarik balik perintah berkurung terhadap empat kawasan dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong.

Dalam pengumuman lewat petang Jumaat, Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO) berkata penamatan perintah berkurung itu berkuat kuasa serta-merta di Krabi, Phung Nha, daerah Cha-am (wilayah Petchaburi) dan daerah Hua Hin (wilayah Prachuabkirikhan).

Semua kawasan ini terletak di selatan Thai dan merupakan kawasan pelancongan dengan pulau-pulau yang indah.

Minggu lepas, NCPO menarik balik perintah berkurung di Pattaya dan Koh Samui serta Phuket.

Pelancongan merupakan penyumbang utama ekonomi Thailand namun konflik politik disusuli rampasan kuasa oleh tentera menyebabkan penurunan ketara ketibaan pelancong dengan kebanyakan hotel serta resort sukar memenuhkan bilik penginapan masing-masing.

Jutaan rakyat yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sektor itu terjejas.

Tahun ini Thailand menyasarkan ketibaan 28 juta pelawat pada peringkat awal namun angka itu diturunkan kepada 26.3 juta oleh Lembaga Pelancongannya.

Dalam pada itu perintah berkurung masih dikuat kuasa di beberapa kawasan termasuk Bangkok, bermula tengah malam hingga 4 pagi.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment