Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

Sebelum digosipkan bercinta dengan Shahir, Erra Fazira terlebih dahulu telah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Amar Baharin.

Namun, baik Erra mahupun Amar, mereka telah menafikan perkara tersebut di media massa.

Ketika ditanya media adakah dirinya kini berasa lega apabila tidak lagi dikaitkan bercinta dengan Erra, Amar mengatakan dia tidak mahu campur dengan gosip terbaharu Erra dan mendoakan kebahagiaan aktres terbabit.

“Saya tidak mahu campurlah. Biarlah dia hendak bercinta dengan sesiapa pun. Saya doakan kebahagiaan dia,” katanya memetik sebuah akhbar harian.

Gosip Erra dikatakan bercinta dengan Amar mula bertiup kencang sejak pergolakan rumah tangga primadona itu dipercayai berlaku pada awal tahun ini.

Sumber: Audree Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment