Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment
Adly mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden sementara Mesir, Rabu lalu.
KAHERAH - MESIR. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour meluluskan tujuh undang-undang baharu dalam tempoh 48 jam sebelum beliau menyerahkan jawatannya kepada bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi yang akan dilantik secara rasmi untuk menerajui negara itu pada hari esok.

Menurut laporan Al-Ahram, keputusan Adly itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk membantu al-Sisi menjayakan rancangan pelan peralihannya selepas memenangi pilihan raya presiden dengan lebih 96 peratus undi sokongan pada bulan lalu.

Rabu lalu, stesen televisyen tempatan turut menyiarkan ucapan Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan tersebut yang telah memegang tampuk pemerintahan sejak 11 bulan lalu.

Dalam ucapannya, Adly menggesa penduduk Mesir supaya memikul tanggungjawab mereka untuk menghadapi cabaran dalam politik, ekonomi dan keselamatan yang meruncing di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

"Bagaimanapun, situasi di Mesir kembali pulih selepas beberapa pembaharuan dilakukan seperti pindaan Perlembagaan dan pilihan raya presiden pada bulan lalu," katanya lagi.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri dengan mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan atas kepentingan peribadi dan parti politik mereka.   

Ketua Hakim Negara itu merupakan satu-satunya presiden dalam sejarah Mesir yang melepaskan jawatannya tanpa berlaku sebarang pemberontakan daripada rakyat.

Difahamkan, penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi pernah menuduh beliau sebagai boneka tentera untuk memerintah Mesir.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment