Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Kira-kira 600 spesies orkid akan dipertandingkan pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2014 yang akan berlangsung mulai esok hingga 22 Jun.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat berkata sesetengah daripada orkid itu dibawa dari luar negara,  sekali gus memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk melihat spesies, yang belum pernah dilihat secara lebih dekat.

“Orkid-orkid ini dibawa sendiri oleh tuannya, yang dijaga dengan baik dan dibawa ke sini untuk dipertandingkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke tapak Floria Putrajaya 2014 di sini hari ini.

Bertempat di pesisiran tasik Presint 4 di sini, Floria Putrajaya 2014  menyaksikan penyertaan 22 negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Taiwan.

Bertemakan “Begonia-Pesona Warna”, ia menghimpunkan lebih 60 spesies dan hybrid pokok Begonia atau asam batu serta mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan  dari kawasan tropika dan subtropika.

Aseh berkata festival itu juga merupakan peluang terbaik untuk peminat fotografi mengambil gambar pelbagai spesies  bunga dan pokok yang dipamerkan di situ.

Beliau berkata pengunjung juga dinasihatkan datang pada waktu pagi atau petang memandangkan keadaan cuaca panas ketika ini.

Tapak Floria itu juga akan terus digunakan untuk pelbagai aktiviti selepas ini, dengan 50 peratus daripada tumbuhan dan tanaman itu akan dikekalkan, katanya.

Floria Putrajaya 2014 dibuka dari jam 9 pagi-10.30 malam (Isnin-Khamis) dan 9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad) dengan  bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun.

Ia turut diserikan dengan perarakan bot berhias ‘Magic of the Night’ anjuran Kementerian Pelancongan pada setiap malam sepanjang festival itu berlangsung. 

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment