Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014


Petaling Jaya: Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) akan membuka akaun Tabung Haji (TH) kepada remaja kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk memudahkan urusan keperluan dan perbelanjaan remaja malang berkenaan hingga dewasa.

Isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Rosmah Mansor berkata, proses pembukaan akaun itu akan diuruskan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. 

“Semua wang yang diterima Muhammad Firdaus akan dimasukkan ke dalam TH untuk kegunaannya sehingga dewasa. 

“Bagaimanapun, buku itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan menguruskan semua perbelanjaan yang diperlukan remaja itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pembungkusan dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya di Bangunan BAKTI Tun Hasmah di sini, semalam.


Hadir sama, Naib Yang Dipertua Puan Seri Noorainee Abdul Rahman dan Ahli Kehormat BAKTI Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


Menurutnya, BAKTI juga akan melawat Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan, Isnin ini. 

Rosmah yang bersimpati dengan penderitaan Muhammad Firdaus turut melahirkan rasa sedih dan menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU merujuk kepada JKM bagi mendapatkan bantuan sewajarnya. 

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment