Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 18, 2014

No Comment

LONDON – Penularan virus sindrom pernafasan Asia Barat (MERS) masih menjadi ancaman serius terhadap kesihatan awam, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam tetapi peningkatan mendadak kes MERS kini semakin berkurangan, manakala penyakit itu tidak mendatangkan ancaman sejagat.

Virus MERS yang menyebabkan batuk, demam dan radang paru-paru telah dilaporkan menjangkiti lebih 800 pesakit dengan kebanyakannya di Arab Saudi.

Ia kemudian merebak ke beberapa negara jiran manakala beberapa kes terpencil berlaku di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 315 orang meninggal dunia akibat jangkitan MERS setakat ini.

Dalam satu kenyataan selepas pertemuan keenam jawatankuasa kecemasan MERS, WHO menyatakan peningkatan kes MERS di Arab Saudi yang bermula April lalu kini reda.

“Selain itu, tiada bukti bahawa MERS menyebabkan jangkitan antara manusia,” kata kenyataan jawatankuasa tersebut.

Namun, WHO menegaskan bahawa situasi semasa MERS masih membimbangkan terutamanya jangkaan peningkatan perjalanan ke Arab Saudi terutamanya pada bulan puasa dan musim haji.

Berjuta-juta orang berkunjung ke kota suci Mekah untuk mengerjakan ibadah haji, manakala musim haji pada tahun ini jatuh pada bulan Oktober.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment