Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

KETIADAAN pemain pertahanan import Damion Delano Stewart tidak menggugat keyakinan juara Piala FA, Pahang, untuk membenam Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam esok.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan melaungkan keyakinan awal apabila yakin dengan kemampuan anak buahnya menunjukkan tahap permainan sebenar pasukan Tok Gajah.

Walaupun tanpa Stewart disebabkan penggantungan perlawanan, beliau berkata, semangat juang yang tinggi serta kelebihan yang dimiliki oleh setiap pemain mampu memberi kejutan kepada pasukan lawan.

“Ditambah pula dengan semangat juang yang ada sekarang cukup meyakinkan bagi mereka memperagakan rentak permainan yang diingini,” katanya di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata harapan Pahang sudah tentu ingin mengulangi kejuaraan sulung Liga Super yang mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Namun, sekiranya perkara itu tidak dapat diulangi sekurang-kurangnya beliau mengharapkan skuad Tok Gajah dapat mencapai kedudukan yang lebih baik dari sekarang dengan baki beberapa perlawanan Liga Super.

Pahang, yang mengutip 30 mata, kini menduduki tangga keempat selepas 18 perlawanan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment