Kelebihan Handphone Yang Jarang Diketahui...
Tahukah
anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala
kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa
ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda
dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian
telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia
boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik
lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda
dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah
anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu
terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan
kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon
bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (
alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di
rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang
telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta
yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat
‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan
mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci
lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari
tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan
kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini
memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin
ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh
digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk
menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda
sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘
*3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri
sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana
jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat
diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit
anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan
tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon
bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila
telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon
bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya
akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang
mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia
tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi,
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Wah.. hebatnya.. lebih2 lagi tang kunci kereta tu.. betul ke ni?
ReplyDelete