Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 14, 2012

One Comment


Sekadar perkongsian ttg jurujual kereta yg kdg2 kita x sedar..

Iklan
Bila dorg(jurujual kereta) menyiarkan iklan kereta, dorg akan letak harga kereta paling murah. Gambar pula akan dorg letakkan antara koleksi gambar tercantik.
Bila anda telefon dorg, barulah dorg akan memberitahu anda bahawa kereta itu tiada air bag, tingkap manual, tiada side skirt dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan reaksi pertama anda. Dan kemudian akan lebih mudahlah kerja dorg.

Trade in
Apabila anda cuba trade in kereta anda mesti anda akan bercakap keadaan kereta anda dijaga dengan elok, tiada kerosakan, pemilik seorang yang cermat dan sebagainya. diorg(jurujual kereta) hanya mendengarkan sahaja leteran anda. Itupun disebabkan untuk menjaga hati anda. Kalau nk diikotkan diorg bukan nk dengar sangat pun. Tapi disebabkan anda yang akan memberi diorg wang dorg ikutkan sahaja. Anda perlu ingat siapa sebenarnya jurujual. Anda atau Diorg??

Tawar menawar
Diorg suka sgt kalau anda tawar menawar dalam masa yang sama cuba trade in kereta anda. Ini amat-amat memudahkan kerja diorg. Diorg akan lebih fokuskan kebaikan kepada kereta yang anda hendak beli.
Pasal soal harga trade in?? diorg ikot jela berapa yang anda nak. Anda membebel lah sorang-sorang. Asalkan harga yang anda mintak jangan lebih daripada harga yang diorg dah set ja. Klu anda tidak ada kemahiran tawar-menawar diorg akn dapat untung lebih sikit. Yang penting anda beli kereta baru.

Maklumat
Sebenarnya time diorg berborak-borak dengan anda, diorg akan jugak test-test anda dengan beberapa soalan tapi sebenarnya anda tidak akan perasan pun itu sebenarnya soalan.
Diorg bukannya apa, diorg cuma nk tau je berapa banyak maklumat yang anda tahu pasal kereta. Senangla diorg nk letak harga nanti. Diorg lagi sukakan kalau banyak maklumat yang anda tidak tahu. Diorg sentiasa sudi menceritakan semuanya kepada anda. Upah untuk diorg bercerita tu tak payah kire la, free of charge. Sebab diorg memang gemar bercerita maklum la jurujual.

Layanan
Kalau anda tengok kat luar diorg ni seorang pendiam, tidak banyak cakap, tetapi time jual kereta diorg berubah tu anda faham2 la ye. Diorg cari rezeki. Kalau boleh memang diorg nk layan anda macam raja. Nk puji anda kalau boleh bia sampai balik pun tersengeh-sengeh teringat pujian yang diorg berikan. Tapi diorg puji sebenarnya bukan ikhlas sangat pun. Anda janganla perasan lebih sangat. Diorg rela memberi layanan istimewa kepada anda asalkan anda beli kereta daripada diorg.

1 comments:

  1. What's up to all, how is the whole thing, I think every one is getting more from this site, and your views are good in favor of new visitors.
    My web page > same day loans

    ReplyDelete