Mari Melihat Kehidupan Awek-Awek Chehnya (18 Gambar)
Chehnyaku
Pergolakan di Chehnya menyebabkan kemusnahan teruk sekitar negara bekas Soviet ini terutamanya di ibu kotanya Grozny. Hanya selepas Presiden Ramzan Kadyrov, seorang boneka Moskow diletakkan sebagai presiden, Chehnya kembali tenang. Permasalahan utama disini ialah status Ramzan sebagai presiden tidak dipersetujui pejuang Islam yang bermandi darah meminta kebebasan dari Russia. Mereka beranggapan Ramzan hanyalah kuda tunggangan Moskow yang bertopengkan Islam untuk mendapatkan sokongan orang ramai.
Ramzan menjadikan Chechnya lebih "islamik" sesuai dengan peratusan penduduk Islam chehnya yang tinggi berbanding ugama lain (94% muslim sunni). Setiap bandar di Chehnya kini mempunyai sebuah masjid. Ketika zaman Soviet dahulu ini semua diharamkan dengan keras. Bilik solat juga dibina di sekolah dan bangunan milik kerjaaan. Kaum wanita diharuskan memakai hijab. Undang-undang "islam" yang digunakan Ramzan Kadyrov juga berat sebelah dimana kaum wanita tidak mendapat hak yang sama rata. Wanita yang merokok dan tidak memakai hijab boleh dikenakan hukuman berat. Hukuman yang sama tidak ada pada kaum lelaki. Defuq?
Tambah menakutkan kebebasan bersuara tidak ada. Amnesty International kerap kali menyatakan kerajaan Ramzan Kadyrov menggunakan penyeksaan, penculikkan, pembunuhan dan ugutan untuk menutup mulut mana-mana individu yang berani menegur pemerintahan diktator beliau.
Di sini kita harus ingat. Tak semua ahli politik yang "menerapkan undang-undang islam" dan membina masjid itu bagus. Kerap kali ini digunakan oleh mereka untuk menutup dosa yang lebih besar. Berhati-hatilah bila ada parti yang paling bising memperjuangkan agama Islam. Most of the time they are just using it to get your votes.
Foto bawah diambil oleh Diana Markosian, seorang jurufota wanita untuk projek Goodbye My Chehnya. Beliau menghabiskan satu setengah tahun di Chehnya dan medokumentasikan kehidupan gadis moden Chehnya. Nice pictures!
yg berserban nih rata2 kuat kahwin...xcaya tgOk ahli2 politik seberang yg dok serban2 janggut sedada...nampak molek tp isteri semua rata2 3 n 4...muda2 lak tuh...klo janda2 aku leh gak terima...bkn fitnah bro...fakta...xcaya? tny student2 kita yg kuliah kat sana, xpun bli tiket gi cek sendiri...
ReplyDeleteyg pak arab2 opun boleh tahan...dtg asia tenggara cari wanita tempatan n then kahwin kontrak,ikat setahun 2 pastu bayar pastu blah...x ke sama mcm pelacur dbuat nye?