Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 18, 2012

No Comment





California : Bandar Jerebu


California ialah antara bandar yang paling teruk sistem pengangkutan awamnya di Amerika. Akibatnya penduduk California terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk kemana-mana. Bandar Losa Angeles contohnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang kronik dan jerebu akibat pencemaran asap kenderaan bermotor. Siemens dengan kerjasama Mercedes menghasilkan lori hibrid dibawah sebagai solusi kepada masalah jerebu yang kronik California. Sistem yang diberi nama eHighway membolehkan lori hibrid elektrik dan diesel digunakan di lebuhraya California. Ia berfungsi seperti keretapi elektrik. Apabila diatas lebuh raya lori akan menggunakan tenaga elektrik. Apabila sudah berhampiran destinasi penghantaran barang ia kembali menggunakan diesel. Ia diharapkan dapat mengurangkan pencemaran dari kenderaan berat. Buat masa ini sistem Ehighway sedang diuji di Jerman. Jika sistem ini terbukti praktikal, sistem pylon elektrik akan dipasang di Bandaraya Los Angeles dan Long Beach California.


Adakah sistem ini cool atau tidak praktikal pada pendapat anda? Aku rasa tak praktikal.







0 comments:

Post a Comment