Cerita
ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama telah
berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. CIA yang
menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka
sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan
sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ
mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia. Sebab itulah, ada
puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika sanggup
menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan
Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan
kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.
Konspirasi Kematian Michael Jackson
Michael Jackson (MJ) adalah seorang
manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan
dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika
Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan,
MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang
terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk
menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan
sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat
untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk
membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah
membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di
dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh
abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu
kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang
saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya
mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama
seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah
dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat,
membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar
peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya
membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak
Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di
England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ
belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah
berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah
menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ
bila-bila masa dia bersedia..
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak
dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana
dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula
mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam
lagi selama 3 tahun.. Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los
Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan
karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji
bersama Sultan Bahrain dan anaknya..
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai
agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert
terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang
Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada
konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London
sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak
berkuasa USA . Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan
mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan
akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan
tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi
kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang
ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada.
Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba Tambah
pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh
diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah
canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun
mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya
dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak
dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti
berdenyuti jika diambil secara berlebihan. Satu keputusan yang tidak
diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini.
Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi
dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat
tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden
Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang
agak pelik. “Saya suka MJ… Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu
kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam
kematiannya” . Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada
konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ
dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria
nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan
secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian
secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah
Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ
sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk
MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu
pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda
semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak.
Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata
nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Demi anda semua, kami sanggup
bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu
kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin
benar mungkin tidak. Hanya ALLAH yang tahu…
hanya Allah yang maha mengetahui apa yg terjadi d langit & d bumi .. semga yg bersalah d'adili dgn seadilnya & kebenaran akan terbukti .. amin ..
ReplyDeletecerita sebenarnye from SOURCE;
ReplyDelete1. Michael Jackson tak mati, masih hidup, seorang muslim, di tanah arab.
2. Princess Diana tak mati, masih hidup, dibawah jagaan ayah Al-Fayeed, seorang muslimah.
3. Osama, nak tak nak, masih hidup dan...