Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment
Anggota polis marin memeriksa bot yang ditemui. Foto:PDRM
PORT DICKSON: Pasukan Polis Marin (PPM) Port Dickson berjaya menyelamatkan dua orang pemancing di perairan Pelabuhan Port Dickson tengah hari Jumaat.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata kedua-dua pemancing yang berusia 29 dan 32 tahun telah keluar memancing dari Pangkalan Tg. Sepat pada hari Selasa lepas. 

Bot mereka tidak dapat balik ke pangkalan berikutan kehabisan minyak pada hari Rabu. 

“PPM Port Dickson menerima maklumat terdapat bot nelayan hanyut pada pukul 11.45 pagi Jumaat, telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama sebuah bot ronda dan empat anggota ke lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa dan bot telah dijumpa pada pukul 12.35 tengah hari dan dibawa balik ke Jeti Penumpang CIQ Port Dickson. 

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment