Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 1, 2014

No Comment

SELASA lalu, seorang warga Britain dilaporkan hilang di Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman selepas pergi ke kawasan itu secara bersendirian kira-kira jam 12 tengah hari.

Kehilangan Gareth David Huntley, 34, yang bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu, Kampung Juara di pulau tersebut disedari oleh rakannya yang kemudiannya membuat laporan polis.

Sehingga ke hari ini, usaha pihak polis, Pasukan Gerakan Am, Unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang dan Unit K9 untuk mengesannya menerusi operasi mencari dan menyelamat masih belum membuahkan hasil.

Ketiadaan liputan di kawasan tersebut juga menyukarkan usaha untuk menemuinya menerusi isyarat telefon bimbit.

Justeru, menerusi laman Twitter, satu hashtag #findgareth telah diwujudkan oleh keluarga, rakan dan orang ramai sebagai usaha menyokong usaha mencari Gareth.



Ia turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi ‘retweet’ di akaun sosialnya itu.


Kehilangan warga Britain itu sekaligus menimbulkan kebimbangan kejadian pembunuhan seorang pelancong Perancis, Stephanie Foray, 30, di pulau tersebut berulang kembali.

Wanita malang tersebut dibunuh oleh seorang lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada Mei 2011.

Mayatnya yang tinggal rangka hanya ditemui selepas tiga bulan di dalam sebuah gua di pusat peranginan itu.


Sumber: Elza / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment