Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 16, 2014

No Comment

LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam mengumumkan rombakan Kabinetnya menerusi dua akaun rasmi Twitter miliknya, yang mempunyai 3.4 juta pengikut.

“Saya akan merombak Kabinet hari ini. Ikuti Twitter ini untuk mendapatkan maklumat terbaru. #Rombakan,” kata perdana menteri berkenaan.

Ketika parti Konservatif masih menjadi pembangkang pada 2009, Cameron berkata beliau agak keberatan untuk menggunakan Twitter.

Tetapi kini beliau adalah antara pemimpin yang begitu banyak bergantung padanya sehinggakan apabila timbul spekulasi mengenai rombakan itu di Westminster, kedua-dua akaun Cameron, @Number10-gov dan @David–Cameron adalah dua sumber maklumat yang boleh dipercayai mengenai siapa dilantik dan siapa pula digugurkan.

Kementerian kerajaan juga menggunakan Twitter dan 461 daripada 650 ahli Parlimen atau Hosue of Commons mempunyai akaun Twitter, antara mereka yang paling meminatinya adalah bekas Setiausaha Luar, William Hague.

Hague sering menghantar tweet mengenai reaksinya terhadap berita terbaharu kepada 240,000 pengikutnya dan ia adalah lebih pantas daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar.

Pengganti Hague di Kementerian Luar, bekas Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond masih belum mempunyai akuan rasmi Twitter dan agak terlalu awal untuk menyatakan bagaimana pula beliau akan menggunakan media sosial itu.

Hague mengumumkan peletakan jawatannya menerusi @WilliamJHague pada malam Isnin lalu dan pada masa sama, Cameron menghantar mesej melalui Twitter untuk mengucapkan penghargaan kepada beliau di atas khidmatnya selama empat tahun.

Sejak itu, kini terdapat 260,000 tweet mengenai rombakan Kabinet dan 100,000 yang menyebut mengenainya, menurut analisis oleh Twitter.

Ia bukan kali pertama perdana menteri berkenaan menggunakan media sosial. Rombakan sebelum ini pada September 2012 juga dilakukan menerusi beberapa siri pengumuman melalui Twitter. – AFP

0 comments:

Post a Comment