Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 31, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Lima Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor pada Khamis menyatakan sokongan terhadap pencalonan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sokongan itu dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang) dan Azizi Ayob (Kapar).

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, adalah calon paling kanan dan layak untuk mengisi jawatan berkenaan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dilapor telah menerima cadangan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah mengisi jawatan Menteri Besar. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment