Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan terkawal di semua lebuh raya menghala ke utara, selatan dan pantai timur sehingga 12 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik ke selatan dari Plaza Tol Sungai Besi dilaporkan lancar.

“Satu kemalangan berlaku di KM 415.9 arah utara dari Bukit Tagar ke Lembah Beringin, tetapi trafik bergerak lancar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) lancar tengah hari ini.

Twitter LLM melaporkan satu kemalangan berlaku di KM 139 arah selatan dari Sungai Dua ke Juru, menyebabkan trafik perlahan di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan perkembangan terkini keadaan trafik dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau melayari laman sesawang plustrafik twitter. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment