Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 22, 2014



Kalau dilihat sekilas pandang, nampak macam orang kampung naik teksi dari bandar pulang ke kampung. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, bukan calang-calang orang kampung tersebut. Mana taknya, orang kampung tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato Sri Mustapa Mohamed atau Tok pa.

Tok Pa ni memang terkenal dengan sikapnya yang berserdahana dan tawaduk. Ahli Parlimen Jeli ini memang amat disegani rakyat atas sikap beliau itu. Dan setiap kali pilihanraya, Tok Pa akan menang besar.

Baru-bar ini, Tok Pa di puji oleh orang ramai apabila beliau berkongsi satu gambar beliau menaiki teksi dari Air Puteh ke Bandar Jeli. Walaupun beliau mampu menggunakan kenderaan yang lebih selesa, beliau lebih suka menggunakan kenderaan awam kerana lebih nampak sederhana.



Jika dilihat  kepada komen-komen di laman sosial, rata-rata pengguna memuji perilaku Tok Pa tersebut. Tetapi ada juga yang melabel beliau sebagai berpura-pura.

Walau apa pun, tahniah kepada wakil rakyat ini kerana dapat bersama dengan rakyat walaupun berada di atas. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment