Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditinggalkan di atas siling tandas di sebuah hospital di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Idris Ab Rafar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan dari pihak hospital pada pukul 7 pagi.

“Bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu ditemui tukang cuci tandas yang melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tandas berkenaan selepas terdengar tangisan bayi.

“Bayi itu ditinggalkan dalam kesejukan di atas siling tandas berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Idris berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment