Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment


Jakarta – Dua anggota polis Indonesia yang ditangkap di Malaysia kerana membawa sejumlah dadah syabu tiba di Kalimantan Barat kelmarin dan ditangkap pihak berkuasa sejurus selepas itu.

Ketua Polis Kalimantan Barat, Brig Jen Arief Sulistyanto berkata dua pegawai polis terbabit tiba di Pontianak tengah hari kelmarin menaiki pesawat udara.

“Saya sendiri menahan mereka,” katanya.

Idha Endri Prastiono yang juga Pengarah Antinarkotik Kalimantan Barat bersama M P Harahap ditangkap polis Malaysia minggu lalu ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketika pemeriksaan pihak berkuasa menemui 3.1 kilogram dadah bersama kedua-dua mereka.

Suspek kemudian dibebaskan Selasa lalu selepas dipersetujui kes berkenaan akan ditangani pihak berkuasa Indonesia.

Katanya, untuk sementara Idha akan didakwa mengikut undang-undang antirasuah manakala rakannya dituduh melanggar disiplin.

Kata Arief, Idha disyaki mencuri dadah yang sepatutnya menjadi bahan bukti.

Sebuah kereta Mercedes-Benz turut dirampas daripada seorang warga Malaysia, Chiew Yem Khuan, pada Ogos lalu atas dakwaan menyeludup dadah di Kalimantan Barat. – Agensi/Harian Metro

0 comments:

Post a Comment