Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 25, 2013

No Comment

ARSENAL bangkit daripada kekalahan 1-3 kepada Aston Villa minggu lalu apabila cemerlang menewaskan Fulham 3-1 di gelanggang lawan, malam tadi.

Manakala Liverpool pula yang menewaskan Stoke 1-0 pada aksi sulung minggu lalu berjaya meraih kemenangan kedua dengan menundukkan Aston Villa 1-0 juga di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Di Craven Cottage, Arsenal berjaya mendahului Fulham 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Olivier Giroud pada minit ke-14 dan Lukas Podolski minit ke-41.

Podolski menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-68 sebelum Fulham memperolehi gol tunggal menerusi Darren Bent pada minit ke-77.

Di Villa Park, jaringan tunggal Daniel Sturridge pada minit ke-21 sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Liverpool sambil penjaga golnya, Simon Mignolet cemerlang menyelamatkan rembatan penyerang Villa, Christian Benteke pada lewat permainan.

Sementara itu, tiga perlawanan yang berlangsung malam tadi berakhir dengan keputusan seri iaitu Everton terikat 0-0 dengan West Brom, Newcastle seri 0-0 dengan West Ham manakala Southampton seri 1-1 dengan Sunderland.

Stoke pula berjaya menewaskan Crystal Palace 2-1 manakala Hull mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Norwich.

Dua lagi perlawanan bakal berlangsung malam ini iaitu Cardiff bertemu Manchester City (11mlm) dan Tottenham bertemu Swansea (11mlm).

Manakala pertembungan hebat Manchester United menentang Chelsea di Old Trafford bakal berlangsung jam 3 pagi Selasa.

0 comments:

Post a Comment