Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 13, 2013

No Comment
Nilai: Seorang lelaki maut dalam keadaan badannya separuh hancur dan perut terburai selepas lori tangki dipandu terjunam dari jejambat di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, G Perumal, 59, dari Port Dickson maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Seremban selepas menghantar muatan gas petroleum cecair (LPG) ke Balakong, Selangor.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam dari jejambat.


“Mangsa kemungkinan tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan dan diseret sejauh beberapa meter,” katanya di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment