Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 25, 2013

No Comment
Annuar (kiri) bermesra dengan tetamu yang hadir di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pengerusi Mara, semalam.

KOTA BHARU – Seramai 196 pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dilaporkan selamat dan berada di bawah jagaan pegawai Mara di Mesir.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut merupakan baki asal kepada 1,400 orang pelajar yang telah pun keluar dari Mesir beberapa bulan yang lalu sebelum Ramadan.

“Jumlah keseluruhan pelajar kita adalah 1,600 orang yang mana sebahagian besarnya tinggal di Iskandariah, namun 1,400 orang telah keluar dari tempat tersebut meninggalkan 196 pelajar lagi yang kini sentiasa dikawal rapi pegawai Mara di sana.

“Apa yang penting sekarang ini, pelajar dinasihatkan supaya jangan menghadiri perhimpunan dan menyertai mogok tunjuk perasaan, ataupun menjadi penonton untuk sebarang perhimpunan, saya harap mereka jauh dari tempat pergolakan tersebut,” katanya kepada media di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pengerusi Mara, semalam.

Turut hadir, Pengerusi GiatMara, Datuk Dr Jaujan Sambakong dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd Majid.

Katanya, beliau bersyukur kerana semua pelajar di bawah tajaan Mara tidak mengalami sebarang masalah sepanjang konflik di Mesir itu berlaku.

Beliau turut memberitahu, jika ada pelajar yang ingin pulang, segala kemudahan untuk proses kepulangan akan disediakan kemudian nanti.

0 comments:

Post a Comment