Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 11, 2013

No Comment
VIDEO: Rompakan Lebuhraya Di Malaysia Pada Waktu Siang

AGAK menakutkan apabila menyaksikan video ini, di mana rompakan dilakukan di lebuh raya Malaysia, pada waktu siang hari.
Dalam video yang dirakam oleh pengguna lebuhraya di laluan bertentangan ini, terdapat tiga kenderaan terlibat dalam rompakan yang dilakukan, dengan dua daripadanya milik perompak.
Sebelum merompak, kenderaan mangsa diasak hingga terbabas dan terpaksa diberhentikan di tepi jalan.
Perompak dipercayai turut memaksa pemandu menanggalkan seluar sebelum mula mengambil barang-barang berharga.
Kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon untuk menakutkan perompak namun kejadian berlaku dengan pantas. Perompak tidak hanya bersenjatakan parang, tetapi tembakan dikatakan turut dilepaskan.
Mujurlah, perompak tidak mencederakan pemandu terbabit. – REM RAMZI
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

0 comments:

Post a Comment