Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 17, 2014

No Comment

BANGKOK - THAILAND. Junta tentera Thailand meluluskan perlanjutan dikri darurat selama tiga bulan di wilayah-wilayah sempadan selatan, yang menghadapi gerakan puak pemisah.

Perlanjutan itu berkuatkuasa dari 20 Jun hingga 19 Sept melibatkan wilayah-wilayah Pattani (kecuali daerah Maelarn), Yala dan Narathiwat, kata Kol. Wintai Suwaree, jurucakap Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO).  

Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kawasan tersebut yang berhampiran sempadan Malaysia terjejas oleh beberapa insiden keganasan termasuk pengeboman yang dikaitkan dengan kumpulan pemisah.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment