Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 11, 2013

No Comment
Jenazah 3 Beranak Disemadi Satu Liang Lahad

PASIR PUTEH – Jenazah seorang anggota polis serta isteri dan seorang anak mereka yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 129.5 Lebuhraya Timur-Barat semalam, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changgai di sini hari ini.
Jenazah Konstabel Wan Sabri Wan Hamat, 47, Nor Roslina Omar, 34, dan Wan Nur Husna berumur tujuh bulan, dikebumikan pada 4 pagi tadi setelah selesai dibedah siasat di Hospital Jeli.
Bapa Wan Sabri, Wan Hamat Wan Hussin, 70, berkata beliau tidak menyangka perjalanan anak, menantu dan cucunya itu untuk pulang ke Gerik, Perak, selepas berada di rumahnya selama dua malam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri berakhir dengan tragedi.
Seorang lagi anak mangsa, Wan Nurhaqimah, 4, yang berada di tempat duduk belakang kereta Proton Wira yang mereka naiki, cedera dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Jeli, kata Wan Hamat kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Changgai.
Dalam kejadian 11 pagi itu, kereta yang dipandu Wan Sabri bertembung dengan sebuah lori di lokasi kemalangan yang terletak berhampiran sempadan Jeli dan Gerik.
Wan Sabri, yang berasal dari Pasir Puteh, dalam perjalanan pulang untuk bertugas di balai polis Kampung Lalang, Gerik manakala lori itu dari arah bertentangan.
Wan Hamat berkata beliau bersyukur Nurhaqimah terselamat dan akan menjaga cucunya itu sebagai pengubat rindu keluarga. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment