Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 11, 2013

No Comment
Ugut Saman Individu Mengaku Father Augustus

KUALA LUMPUR – Parti DAP menggugut mana-mana pihak yang mengaku dirinya Father Augustus Chen yang mendedahkan tentang penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP melalui satu laporan supaya bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sesiapa sahaja yang tampil ke depan dan mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia bukan saja untuk berdepan dengan beberapa saman fitnah tetapi juga perbicaraan kes jenayah atas laporan itu.
“Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan (oleh DAP) untuk Father Augustus Chen yang kononnya menulis risalah “The Equity Report’” mengenai penyelewengan pemilihan CEC DAP untuk menampilkan diri, tetapi belum ada tanda Father Augustus Chen akan muncul kerana individu ini memang tidak wujud.
“Siapa saja yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia berdepan dengan saman fitnah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang sebelum ini memberi tempoh selama beberapa hari kepada Father Augustus Chen supaya tampil kehadapan kerana yakin individu itu tidak wujud sebaliknya cuma satu watak rekaan oleh musuh politik DAP untuk menjatuhkan parti berkenaan.
Beliau dalam pada itu mendakwa Pandaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi alasan mengapa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP tentang pemilihan CEC DAP pada Disember tahun lalu sehingga mengarakan supaya parti itu mengadakan pemillihan semula.
Malah, dakwanya, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat keputusan itu dengan hanya bersandarkan kepada laporan oleh individu yang tidak wujud iaitu Father Augustus Chen.
“DAP meminta agar Ketua Pengarah ROS menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berkenaan pemilihan CEC parti ini pada bulan Disember lalu dan kami bersedia menjawabnya secara terbuka,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment