Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.7 juta pendeposit menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sehingga kini, dengan jumlah deposit hampir RM1 bilion, kata Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata SSPN-i, iaitu instrumen simpanan khas pendidikan tinggi yang diperkenalkan PTPTN pada 2004, semakin mendapat sambutan terutama selepas perbadanan itu mewajibkan seseorang itu memiliki akaun SSPN-i jika ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN mulai 1 Jan tahun lepas.

Menurutnya, skim itu kurang mendapat sambutan di awal tiga tahun selepas ia diperkenalkan apabila hanya 80,000 akaun SSPN-i dibuka.

“Kini, dengan pelbagai insentif, promosi dan kelebihan yang disediakan PTPTN, hampir 300,000 akaun baharu dibuka setahun.

“Malah, pada 2012 PTPTN berjaya mengutip deposit lebih daripada RM250 juta,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Hadiah Simpanan Mega SSPN-i Siri Ketiga di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata antara kelebihan yang diberi kepada pendeposit akaun itu ialah mendapat pelepasan taksiran cukai maksimum RM6,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.

“Bagi menggalakkan pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i, program promosi melalui pemberian perlindungan takaful secara percuma selama setahun juga diperkenalkan sebagai tambahan kepada perlindungan takaful sedia ada kepada pendeposit yang mempunyai RM1,000 ke atas,” katanya.

Promosi itu berlangsung dari 1 Nov lepas hingga 31 Dis ini untuk semua pendeposit berumur 18 hingga 69 tahun yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang-kurangnya RM3,000 ke atas.

“Antara keistimewaan promosi ini ialah bagi 15,000 pendeposit paling awal yang berjaya merebut peluang itu akan dilindungi takaful berjumlah RM100,000 selama setahun sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal disebabkan kemalangan,” katanya.

Hadiah utama bagi cabutan Hadiah Simpanan Mega iaitu kereta Proton Preve dimenangi Rizal Hadzri dari Putrajaya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment