Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 2, 2013

No Comment

SANAA – Seramai 2,000 orang pengantin lelaki membawa sebilah pedang tetapi tidak isteri mereka dalam majlis perkahwinan besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan di sini kelmarin.

Majlis perkahwinan dengan penuh adat tradisional Yemen itu dianjurkan Yayasan Pembangunan Anak Yatim dengan mendapat bantuan kewangan daripada bekas Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Thani.

Yayasan itu bertujuan membantu pasangan muda yang mengalami masalah kewangan akibat kos hidup tinggi untuk melangsungkan perkahwinan.

Pengantin-pengantin lelaki yang memakai pakaian tradisional itu akan berjumpa dengan pasangan mereka selepas majlis tersebut berlangsung.

Beberapa lelaki turut menari dalam majlis tersebut.

Majlis perkahwinan itu dijangka disenaraikan dalam buku Guinness World Records bagi kategori perkahwinan melibatkan bilangan pengantin lelaki paling ramai. – Agensi

0 comments:

Post a Comment