Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

KUANTAN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri Pahang berjaya menyelesaikan hampir kesemua aduan awam terhadap masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata daripada 80 aduan awam yang diterima, 79 kes berjaya diselesaikan, manakala baki satu kes masih dalam tindakan.

“Saluran aduan awam yang diterima oleh AADK adalah melalui sumber seperti telefon (26), faks (tiga), semuka (44), surat (satu), khidmat pesanan ringkas (dua) dan e-mel (empat).

“AADK juga selain itu telah mengambil tindakan perundangan kes-kes Orang Kena Pengawasan (OKP) yang melanggar syarat pengawasan sebanyak 212 orang dan pendakwaan seramai 101 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (BN-Bebar) yang ingin tahu tindakan segera pihak berkuasa bagi menangani gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Mohammad Fakhruddin yang ingin tahu rancangan pihak berkuasa dalam memastikan penagih yang telah pulih tidak kembali menagih, Adnan berkata terdapat tiga kaedah yang digunakan AADK iaitu rawatan, perubatan dan pemulihan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment