Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

FILIPINA – Menyayat hati. Akibat ketiadaan bekalan elektrik, seorang bayi meninggal dunia selepas tiga hari ibubapanya mengepam udara ke paru-parunya dengan menggunakan tangan.

Kematian bayi Althea Mustacia, yang berusia tiga hari yang dilahirkan dengan asphyxia itu telah menjadikannya sebagai mangsa terbaru, taufan Haiyan.

Asphyxia adalah keadaan di mana bayi gagal bernafas selepas seminit dilahirkan, dan ia merupakan punca utama kematian bayi di Filipina.

Ibubapa  bayi itu terpaksa mengepam udara itu siang dan malam dan di sebalik usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah itu, bayi tersebut akhirnya gagal diselamatkan.

Menurut doktor, bayi itu mungkin dapat diselamatkan sekiranya hospital Tacloban itu mempunyai elektrik dan dia boleh dimasukkan dalam incubator.

Bayi tersebut lahir lima hari selepas Filipina dibadai Haiyan oleh seorang remaja berusia 18 tahun.

Althea merupakan antara 24 bayi yang dilahirkan di wad bersalin hospital itu,

Wad tersebut sebelum ini ditempatkan di tingkat bawah namun selepas dilanda banjir, ia terpaksa dipindahkan ke tingkat atas.

Selain dilanda banjir, sebahagian dinding bangunan hospital itu juga roboh selepas dihempap oleh dahan pokok.

0 comments:

Post a Comment