Beruntung sungguh Brad Pitt!
Demi membuktikan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi terhadap tunangnya, Angelina Jolie telah membeli sebuah pulau yang terletak 50 batu dari kota New York sempena hadiah ulangtahun kelahiran Pitt yang ke 50 pada 18 Disember ini.
Pulau Petra yang berbentuk hati itu dianggarkan berharga US$24 juta (RM773 juta) mengandungi dua buah rumah agam yang direka oleh arkitek terkenal Frank Lloyd Wright, yang juga Pitt sangat menggagumi hasil karya arkitek hebat itu.
Menurut sumber, sebalik Jolie mendengar khabar pulau itu dibuka untuk dijual, pelakon wanita seksi terus merancang untuk membuat lawatan ke sana.
“Dia (Jolie) sangat kagum. Rumah itu sangat sempurna untuk percutian romantik atau bersama keluarga. Ianya sangat tertutup dan memberi privasi serta rekaan hati itu pastinya akan memberikan makna yang sangat mendalam kepada Pitt,” kata sumber itu kepada Mirror UK.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment