KITA boleh menyekat kalimah Allah digunakan sebagai sebutan tuhan kepada agama lain tetapi kita tidak boleh menyekat mereka menggunakan” RAJA” sebagai Tok Pekkong untuk disembah bagi memohon limpahan rezki serta merta.
Ini adalah Tok Pekkong yang menarik; seorang “RAJA” bertengkolok yang memegang keris untuk disembayang yang saya rakamkan di Taman Permai Bedong Kedah.
Dari suatu segi “Tok Pekkong” ini mungkin menunjukan bahawa di sebalik Malaysian Malaysia ,di hati kecil sebahagian orang Cina masih ada pendewaan terhadap kekeramatan raja tetapi disuatu sudut yang lain pula ialah orang Cina sanggup untuk menyembah apa sahaja demi untuk meterialisme.
Di Singapura mengadakan Tok Pekkong di tempat terbuka atau pun pembakaran colok di rumah rumah pangsa diharamkan kerana asapnya akan menggangu jiran kecuali gaharu eletrik tetapi di Malaysia orang boleh mendirikan Tok Pekkong dan berhala mini di mana sahaja malah di tanah haram sehingga yang bermula dengan haram kecil menjadi haram besar dan kemudiannya menjadi halal abadi kerana kepentingan politik.
Di Singapura tidak ada kepentingan politik dalam agama kerana Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew sendiri tidak mahu Tuhan campurtangan dalam politik.Fahamannya sama dengan Karpal Singh.
Dari dulu lagi pun orang Melayu tidak ambil kisah untuk orang Cina menjadikan tok tok guru Islam yang dianggap” keramat” sebagai Tok Pekkong di pokok pokok besar atau di mana mana sahaja yang mereka rasa sesuai malah di kampung kampung buah-buahan seperti limau dan apple yang dihidangkan untuk Tok Pekkong dicuri oleh anak anak Melayu Islam.
0 comments:
Post a Comment