Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Ketika memberi nama anak mereka 23 tahun lalu, sepasang ibu bapa tentu berharap anak mereka akan membesar menjadi manusia mulia yang selalu membantu orang dalam kesusahan.

Jika tidak, takkanlah dinamakan anak mereka Batman Bin Suparman.

Malangnya, realiti tidak begitu.

Batman mengaku salah terhadap enam pertuduhan mencuri, dua menceroboh, satu pecah rumah dan satu penggunaan dadah antara Jun dan Ogos tahun ini.

Pada satu pagi Ogos lalu, Batman didapati memecah masuk di SGF Billards & Marketing Singapore di Jalan Depot lalu mencuri S$200.

Dalam kes lain, Batman mencuri kad ATM abangnya sendiri, Nurazman Suparman dan melakukan pengeluaran S$850.

Ketika membuat rayuan agar dikenakan hukuman ringan, Batman mendakwa ini merupakan kesalahan kali pertama dan masih muda ketika melakukannya. – REM RAMZI

Sumber: CNA

0 comments:

Post a Comment