Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 2, 2013

No Comment

Seorang bayi perempuan di Madhavnagar, Sentral India, dilahirkan penuh bulu dari hujung rambut sampai hujung kaki setelah mewarisi gen ‘serigala’ daripada susur galur keturunannya.

Ia sebenarnya satu kecacatan genetik namun dikenali sebagai ‘Sindrom Serigala’ dalam dunia perubatan, di mana bulu akan tumbuh dengan lebatnya di seluruh badan tanpa dapat dikawal.

Begitu pun Savita Sambhaji Raut, 26, ibu kepada bayi tersebut menyatakan dia tetap menyayangi darah dagingnya itu sepenuh hati.

Mengakui risau dengan masa depan anaknya, Savita bagaimanapun reda kerana percaya dia telah dipilih Tuhan untuk melalui keadaan tersebut.

Bayi Savita, sebenarnya cuma satu daripada beratus lagi kes Sindrom Serigala yang dilaporkan.
Sesetengah pengidap mula ditumbuhi bulu sejak dilahirkan manakala sebahagiannya ketika menginjak dewasa. Bulu-bulu yang tumbuh pula melibatkan seluruh badan dan ada juga kes, di bahagian tertentu sahaja.

Malang bagi pengidap Sindrom Serigala, tidak ada penawar buat masa ini bagi mengubatinya jadi mereka perlu meneruskan hidup dalam keadaan berbulu lebat berbanding manusia biasa. – REM RAMZI




0 comments:

Post a Comment