CHINA – Seorang bayi yang mengejutkan orang ramai apabila dia tiba-tiba bernafas ketika hampir dikebumikan, akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.
Punca kematiannya disebabkan pendarahan dan kegagalan organ, Jumaat lalu.
Berita mengenai bayi tersebut yang kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia, Isnin lalu, mendapat liputan meluas.
Dia dikesan masih hidup selepas seorang pekerja rumah mayat mendengar bunyi tangisannya, dua hari selepas diletakkan di situ.
Ketika dibawa ke hospital, bayi itu sudah berada dalam keadaan tenat.
“Memandangkan masih terdapat pernafasan, kami meneruskan rawatan atas dasar kemanusiaan,’’ kata salah seorang doktor yang merawatnya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa telah menggantung tugas seorang doktor yang merawat bayi itu dan mengisytiharkan dia sudah meninggal dunia sebelum ini.
Doktor terbabit didakwa cuai dan mencetuskan kegemparan serta kekecohan di unit bersalin di hospital kanak-kanak di Anhui.
0 comments:
Post a Comment