CHINA – Tembok besar China yang penuh dengan keunikan dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, kini dalam bahaya selepas hampir dua pertiga daripada tembok berkenaan telah dimusnahkan dan dirosakkan oleh penduduk setempat.
Penduduk berkenaan meruntuhkannya untuk membina laluan selain dijadikan tempat untuk mereka berteduh.
Selain itu ada juga penduduk yang menjadikan tembok tersebut sebagai baja untuk tanaman mereka.
Pembinaan jalan raya juga menyumbang kepada kemusnahannya.
Keadaan itu berlaku akibat kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terutama di kawasan pedalaman.
Menurut kurator muzium Longxi, Chen Jun pihaknya tidak dapat menghalang penduduk tersebut daripada memusnah tinggalan sejarah yang dibina pada zaman Dinasti Qin itu.
“Kami cuba menghalang penduduk namun bahagian tembok yang dirosakkan itu tidak termasuk dalam zon perlindungan.Kami tidak mampu berbuat apa-apa,’’ katanya.
Tembok Besar China dibina kira-kira 2,200 tahun lalu dan ia kemudiannya dibina semula pada Zaman Dinasti Ming, kira-kira 700 tahun lalu.
Pada 2006, kerajaan telah melaksanakan peraturan bagi melindungi Tembok berkenaan dengan melaksanakan projek selama 10 tahun untuk memeliharanya.
0 comments:
Post a Comment