Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

HULU TERENGGANU – Biarpun pernah dipenjara kerana mencederakan bapa sendiri dengan pedang samurai tahun lepas, hukuman itu tidak sedikit pun menginsafkan seorang lelaki di sini apabila dia sekali lagi mengulangi perbuatan sama.

Lelaki berusia 24 tahun yang pernah dipenjara selama lapan bulan itu sekali lagi mengancam keselamatan ibu bapanya yang enggan memberikan wang yang dimintanya Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Ismail Muslim berkata, bekas banduan itu mengamuk dan hampir menikam ibunya dengan pisau apabila permintaannya tidak dipenuhi

Bapa lelaki itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu semalam.

“Lelaki itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 9 pagi ini,” katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment