Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

BUTTERWORTH – Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) peringkat Pulau Pinang akan diadakan di Parlimen Permatang Pauh pada Januari tahun depan.

Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Zaidi Mohd Said berkata program  ‘Road to MAHA’ dijangka berlangsung tiga hari membabitkan peruntukan antara RM200,000 dan RM300,000.

Beliau berkata pameran itu bertujuan mempamer dan menjual pelbagai produk industri asas tani di negeri ini selain pameran pelbagai agensi kerajaan serta swasta.

“Ini program kedua diadakan di negeri ini selepas program pertama di Bera, Pahang pada Disember tahun ini. Program ini menyasarkan 30,000 pengunjung dalam usaha mengetengahkan produk asas tani Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini,” katanya selepas bertemu 18 agensi dan jabatan pada Majlis Suai kenal dan Makan Tengah hari Kepimpinan Umno Bahagian Permatang Pauh Bersama Agensi Kerajaan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zaidi yang juga Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh berkata bahagian berkenaan amat memerlukan kerjasama semua jabatan dan agensi kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan itu.

Beliau berkata masih banyak aduan serta masalah rakyat yang belum diselesai kerana kebanyakan aduan adalah berkaitan agensi dan jabatan kerajaan.

“Sebab itulah saya mewakili Umno bahagian ini amat mengharapkan kerjasama daripada pegawai dan kakitangan kerajaan agar kita sama-sama membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.
“Saya tidak minta agensi kerajaan bantu orang Umno atau Barisan Nasional sahaja tapi bantulah semua orang,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment