Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

MARANG – Hasrat seorang bapa untuk menjenguk anaknya yang demam tidak kesampaian selepas dia maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Marang Resort dan Safari Pulau Kerengga di sini.

Kejadian itu berlaku ketika Zuhaifuazlan Mukhtar, 33, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Binjai Rendah untuk menjenguk anaknya yang demam.

Mangsa bekerja di Kuantan Pahang dan dia dikatakan sering berulang alik untuk menjenguk isteri dan tiga anaknya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah pemandu pacuan empat roda Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 19, cuba memotong beberapa kenderaan namun gagal lalu merempuh Perodua Alza dipandu mangsa dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Muhamed Rifaie, yang bekerja sebagai penyelia kedai keropok di Gong Beris, patah kaki kanan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment