Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

BARU-baru ini, pelakon dan penerbit AFS Consortium, Norul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman telah mengemukakan notis saman malu terhadap pihak Alfalfa Group.

Notis saman yang berjumlah RM3 juta itu dikeluarkan atas alasan menanggung malu serta pengingkaran kontrak oleh Alfalfa Group yang mengambil Boy Iman sebagai duta projek perumahan mereka.

Walaupun dia belum menandatangani kontrak menjadi duta, namun Boy Iman akan tetap meneruskan saman bagi menanggung kos yang telah dikeluarkannya sepanjang terlibat dengan projek perumahan tersebut.

Laporan akbar Kosmo! hari ini hmenyebut Boy Iman mengemukakan notis saman malu terhadap pemilik Alfalfa Group, Ustaz Norsham Abd. Aziz kerana Ustaz tersebut telah mengingkari kontrak tentang pelantikannya itu sebagai duta projek perumahan banglo mampu milik dan membuat kenyataan yang memalukan mengenai pelakon itu di Facebook.

“Jumlah kerugian yang saya alami ialah sebanyak RM520,000. Sebanyak RM500,000 untuk menjadi duta dan RM20,000 untuk kos pemasaran yang saya keluarkan. Bagaimanapun, saya telah gunakan tenaga saya untuk membantunya dalam projek tersebut. Tambahan pula saya tertekan dengan keadaan tersebut. Reputasi dan maruah saya juga tercalar” katanya. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment