NAMPAKNYA penyanyi pop terkenal, Britney Spears benar-benar sudah dilamun cinta dengan kekasihnya, David Lucado selepas beberapa siri kegagalan hubungan sebelum ini.
Melalui temubual spontannya dalam program Entertainment Tonight, dia berkata:
“Saya sudah dilamun cinta…hakikatnya, Lucado sangat degil dan dia tetap dengan caranya. Dia lelaki yang ringkas. Saya mengaguminya. Dia sangat kelakar dan bersungguh-sungguh,” ujarnya.
Pasangan yang sudah menjalinkan hubungan sejak sembilan bulan lalu itu bertemu melalui rakan.
Gambar pasangan ini dirakam bersama buat kali pertama pada Hari Valentine lalu, sebulan selepas penyanyi itu memutuskan pertunangannya dengan Jason Trawick.
Biarpun sering dilanda kontroversi, Britney seperti insan lain masih menyimpan hasrat untuk memiliki ramai cahaya mata dan berkahwin.
Mungkinkah Lucado calon yang terbaik dan terakhir buat penyanyi ini dalam mencari cinta sejatinya?
Sama-sama kita tunggu dan lihat…
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment