Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

Di saat kes culik agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bertindak bijak hingga terlepas daripada menjadi mangsa terbaru jenayah ini.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Rahimy telah diculik di luar kawasan flat tempat keluarganya menetap di Bangsar kira-kira jam 4 petang semalam (24 November), ketika sedang bermain bersama rakan-rakan di bawah flat.

Menurut Rahimy, dia ditarik oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka. Selepas itu dia dibawa ke stesen LRT berhampiran.

Dari stesen LRT Bangsar, lelaki itu kemudiannya membawa Rahimy bersamanya menaiki tren hingga melepasi beberapa stesen.

Ketika menceritakan semula pengalamannya bersama penculik, Rahimy mengakui dia berasa sangat takut tetapi ketika tren berhenti di stesen Taman Melati, dia memberanikan diri berlari keluar sekuat hati lalu menemui pegawai polis bertugas untuk menceritakan apa telah berlaku.

Dalam pada itu, bapa Rahimy yang membuat laporan di Balai Polis Travers tentang kehilangan anaknya jam 7 petang selepas Rahimy tidak pulang seperti biasa, melahirkan kesyukuran selepas dimaklumkan penemuan anaknya itu di stesen LRT Taman Melati. – REM RAMZY

Sumber: nst.com.my



0 comments:

Post a Comment