Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed terus mendapat pujian ramai pihak berikutan pelantikan beliau sebagai Naib Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan menyifatkan pelantikan itu bukan sahaja satu pengiktirafan kepada SPRM sebaliknya satu pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia.

“Pelantikan ini secara langsung menaikkan nama Malaysia di persada dunia dalam usahanya untuk membanteras rasuah.

“Pengiktirafan dan penghormatan ini amat penting bagi sebuah agensi seperti SPRM untuk terus mara dalam membanteras rasuah dengan cekap, proaktif dan berkesan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim di atas pelantikan tersebut.

Media melaporkan, Abu Kassim dilantik sebagai Naib Presiden IAACA dalam persidangan tahunan ketujuh persatuan itu di Panama City, Panama yang berlangsung dari 22 hingga 24 November lalu.

Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Ahli Eksekutif IAACA pada 2010. IAACA ditubuhkan dalam mesyuarat khas di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna pada 19 hingga 20 April 2006 yang mana Malaysia adalah antara negara yang menjadi anggota pengasas persatuan itu.

Mengulas lanjut, Paul Low berkata, kerajaan Malaysia amat komited untuk berkongsi serta mempelajari amalan terbaik dalam kalangan pihak berkuasa anti rasuah dan akan terlibat secara berterusan dalam mengkaji keupayaan Malaysia untuk terus mempertingkatkan sistem anti rasuah.

0 comments:

Post a Comment